JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI & PENYERAHAN BAHAN ABM KEMPEN INTERNET SELAMAT BAGI KLUSTER JEMPOL UTARA

8 April 2026 | Aktiviti Terkini

08 April 2026 - NADI FELDA Sungai Lui telah menyertai Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri & Penyerahan Bahan ABM Kempen Internet Selamat bagi Kluster Jempol Utara di NADI Kampung Serting Tengah yang melibatkan lapan (8) NADI. Program ini menghimpunkan pengurus dan penolong pengurus NADI sebagai platform mengeratkan kerjasama serta memperkukuh usaha mempromosikan kesedaran penggunaan internet secara selamat dalam komuniti.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan sesi penyerahan bahan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi Kempen Internet Selamat yang akan digunakan sebagai medium sokongan dalam pelaksanaan aktiviti kesedaran digital di setiap NADI terlibat.

Penglibatan aktif semua pihak mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan digital serta memperluas impak kempen internet selamat di peringkat setempat.

Program ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara NADI serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi membina komuniti digital yang celik, selamat dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali